Bagi meringankan beban kewangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), kerajaan telah mengumumkan setiap ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenar mengeluarkan wang simpanan KWSP melalui fasiliti Pengeluaran i-Lestari yang telah dibuka bagi permohonan bermula 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021. Pengeluaran i-Lestari ini hanya efektif dalam tempoh 12 bulan bermula April 2020 sehingga 31 Mac 2021.
Sebagai contoh, jika permohonan anda diluluskan pada April 2020, anda layak untuk mengeluarkan wang simpanan dengan tempoh maksimum 12 bulan. Bagaimanapun, jika permohonan anda diluluskan pada September 2020, anda hanya layak mengeluarkan wang simpanan selama 7 bulan (September 2020 hingga Mac 2021).
Untuk lebih mudah difahami, jika permohonan anda diluluskan lebih awal, anda dapat mengeluarkan skim ini dalam tempoh lebih lama.
Berikut adalah cara-cara untuk permohonan secara online www.kwsp.gov.my
Sebagai langkah pertama, anda perlu log masuk pada i-Akaun (ahli) terlebih dahulu. Kemudian, pilih tab Pengeluaran dan di bahagian e-Pengeluaran, tekan pada Permohonan Baru. Setelah itu, pilih jenis Pengeluaran i-Lestari dan tekan seterusnya. Pada bahagian ini, isi maklumat yang diperlukan termasuk amaun pengeluaran. Jika selesai, pergi ke bahagian seterusnya dan semak maklumat yang telah diisi. Akhir sekali, setelah berpuas hati dengan maklumat yang telah diisi, anda boleh memohon TAC untuk mengesahkan permohonan ini.IMPORTANT NOTES e-PENGELUARAN APPLICATION
Dear valued member,
Please ensure you fulfil the following requirements to expedite the processing and approval of i-Lestari Withdrawal application:
- Your mobile number registered with the EPF is valid and active in order to receive the Transaction Authorization Code (TAC) (LINK: PROFILE).
- Your bank account (Savings/Current) is ACTIVE.
- You fulfil all terms and conditions of e-Pengeluaran i-Lestari:
- Malaysia Citizen.
- Age below 55 years old.
- Have savings balance minimum of RM50 in Account 2.
- Minimum withdrawal amount of RM50 up to a maximum of RM500 per month.
- Payment amount is subject to the savings balance in Account 2 when payment is made during the respective month.
- Eligible number of monthly payments is based on the date the EPF receives the application until March 2021.
- You may submit your withdrawal application starting from 1 April 2020 until 31 March 2021 (application must be received by the EPF before or on 31 March 2021).